• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Pemandu Positif Dadah

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tujuh pemandu bas kilang didapati positif dadah manakala 12 lagi tidak mempunyai lesen memandu kenderaan awam.

Itu adalah antara kesalahan yang dikesan hasil pemeriksaan terhadap 250 bas dan van kilang dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang di sini hari ini.

Kesalahan lain yang dikesan dalam Ops Khas Bersepadu-Ops Bas Kilang bermula 6 pagi dan berakhir 11 pagi itu ialah tidak mempunyai lesen memandu kompeten (CDL); dan lesen memandu CDL tamat tempoh.

Pengarah JPJ negeri Mohamat Johari Mat Nor berkata 12 kes dikesan tidak mempunyai lesen memandu kenderaan awam (PSV), 14 kes CDL tamat tempoh dan lapan kes tidak mempunyai CDL.

“Sejumlah 213 notis saman dikeluarkan. Pemandu yang positif dadah pula ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ops bersepadu yang turut disertai polis, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen itu dijalankan di enam lokasi iaitu Jalan Batu Maung; Lebuhraya Lee Chong Eu; Jalan Kampung Jawa-Bukit Jambul; Jalan Sultan Azlan Shah; Jalan Bukit Gedung-Mayang Pasir; dan Lebuh Kampung Jawa.

Pemeriksaan dilakukan di Tapak Pesta Pulau Pinang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak itu.
– BERNAMA

Tags: pemandu bas kilangpositif dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Termasuk Dua Bekas Pengikut Ayah Pin Himpun Depan Istana Positif Dadah

Lima Termasuk Dua Bekas Pengikut Ayah Pin Himpun Depan Istana Positif Dadah

15/11/2025
0

KOTA BHARU – Dua individu dipercayai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin bersama 11 lagi terbabit dalam perhimpunan di hadapan...

Polis Sahkan Suspek Kes Tetak Di Tumpat Positif Dadah, Direman 7 Hari

Polis Sahkan Suspek Kes Tetak Di Tumpat Positif Dadah, Direman 7 Hari

25/10/2025
0

TUMPAT: Suspek lelaki yang menetak lelaki dikatakan ada pertalian saudara hingga maut di Kampung Kok Bedullah, di sini, malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd