• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Hektar Sawah Padi Di Kerian Ditenggelami Air Banjir

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Benih padi yang ditabur dalam kira-kira 60 hektar sawah padi di Kampung Parit Ali Kalang di sini, dua minggu lepas, dikhuatiri musnah ditenggelami air akibat banjir tiga hari lalu.

Ketua Unit Peladang Bagan Serai/Beriah, Norpazli Samad, berkata pihaknya percaya 80 peratus benih padi berkenaan akan rosak akibat ditenggelami air jika ia masih tidak surut.

“Air banjir yang keruh ini menyukarkan benih padi untuk tumbuh kerana padi memerlukan air yang jenih dan cahaya matahari jika tidak padi akan mati,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Parit Ali Kalang di sini hari ini.

Terdahulu, Exco Kemudahan Awam, Infrustruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari turut melakukan tinjauan sawah yang ditenggelami air banjir selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman di sini.

Norpazli berkata para petani telah membelanjakan wang untuk membeli benih padi antara RM35 hingga RM38 bagi satu hektar sawah padi dan kejadian ini sekali gus merugikan mereka.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata kerajaan negeri akan menunggu hasil laporan kerugian para petani dari Jabatan Pertanian Daerah Kerian mengenai sawah padi yang terjejas akibat banjir di kawasan itu.

“Setelah mendapat laporan barulah saya akan berbincang dengan kerajaan negeri bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada petani terbabit dengan kerugian setelah sawah mereka dilanda banjir.

Kerajaan sentiasa mengambil berat masalah banjir yang mengancam tanaman padi,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan bantuan segera kerajaan negeri berjumlah RM300 bagi setiap satu daripada sembilan keluarga membabitkan Kampung Parit Ali Kalang, Parit Mat Keling dan Parit Air Hitam 3, selepas rumah mereka dinaiki air semasa banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan di SK Parit Haji Aman di sini.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Din Mat, 60, berkata rumahnya dinaiki air sedalam 0.5 meter akibat limpahan Sungai Kurau berikutan hujan yang tidak berhenti.

“Saya dan ahli keluarga diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa kerana bimbang dengan keselamatan kami sekeluarga apabila rumah dimasuki air,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjirsawah padi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd