• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kru Bot Nelayan Terjun Ke Laut, Elak Dicekup APMM

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Dua kru bot nelayan tempatan termasuk seorang tekong nekad meninggalkan bot mereka dengan terjun ke laut bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki melanggar syarat lesen, semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata kedua-dua kru berkenaan yang menaiki bot kelas A dikesan Bot Petir yang melakukan rondaan di perairan negara di 0.6 batu nautika barat daya kuala Sungai Rungkup dekat Bagan Datuk pada 9.30 pagi.

“Kejadian berlaku ketika Bot Petir agensi yang sedang melakukan rondaan cuba mendekati bot nelayan tempatan yang telah diubah suai bagi membolehkanya menggunakan pukat tunda untuk menangkap ikan. Kes itu akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua kru yang gagal dikesan itu tidak diketahui identiti dan warganegara manakala bot berkenaan dibawa ke Jeti Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Wan Mat berkata pihaknya juga sering menerima aduan daripada nelayan pantai membabitkan kegiatan pukat tunda oleh bot kelas C yang dikhuatiri akan menjejaskan pendapatan mereka.

Katanya, APMM meminta nelayan terbabit untuk menghentikan aktiviti yang tidak bertanggungjawab serta merosakkan sumber marin dan menyusahkan nelayan tradisional.

Beliau juga meminta nelayan untuk terus bekerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat membabitkan bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan di zon tangkapan ikan di dalam perairan negara. – BERNAMA

Tags: APMMBot Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd