• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Individu Serah Lesen Terbang Di Kedah

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua individu telah menyerahkan lesen terbang mereka kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah secara sukarela setakat ini, kata Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaimi Shariff hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa mereka yang memegang lesen terbang untuk berbuat demikian di mana-mana cawangan JPJ berhampiran sebelum tarikh akhir 12 Okt ini.

“Setakat ini, dua individu telah serahkan lesen terbang mereka secara sukarela iaitu satu di Baling dan satu di Langkawi. Kita jangka jumlah tersebut akan meningkat pada saat akhir tempoh yang diberikan.

Dua kes ini dalam proses siasatan dan individu yang terlibat akan dipanggil sebagai saksi. Pihak JPJ juga telah mempunyai maklumat terperinci mengenai identiti pemilik lesen terbang dan tangkapan akan dibuat selepas 12 Okt ini,” katanya pada sidang media di Pejabat JPJ di sini hari ini.

Ismasuhaimi berkata individu yang gagal menyerahkan lesen tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan mengesyaki kira-kira 14,000 lesen terbang dikeluarkan sejak dua tahun lalu susulan pembongkaran sindiket pengeluaran lesen tanpa mengikut prosedur sah.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook meminta pemegang lesen terbang tampil dan menyerahkan lesen mereka kepada Unit Integriti JPJ di seluruh negara dalam tempoh sebulan bermula 13 Sept lepas.

Dalam perkembangan lain, Ismasuhaimi berkata orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan siri KEQ yang bermula dari nombor 1 hingga 9999 bermula hari ini sehingga 15 Okt ini.

“Orang ramai boleh memilih nombor pilihan masing-masing dengan pendaftaran sebanyak RM10 dan bagi Nombor Bernilai Utama, harga minimum RM10,000, Nombor Menarik minimum RM2,000 manakala Nombor Popular harga minimum RM300.

Bagi siri KEQ ini kita jangka jualan keseluruhan berjumlah lebih RM1 juta. Setakat ini, nilai bidaan tertinggi dan jualan keseluruhan tertinggi adalah bagi siri KEN iaitu RM4.13 juta, diikuti KEE (RM1.87 juta) dan KEP sebanyak RM899,347,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa JPJ negeri tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai orang tengah untuk menguruskan bidaan nombor plat berkenaan dan berharap individu yang berminat untuk membida membuat pemohonan secara terus kepada JPJ. – BERNAMA

Tags: JPJ Kedahlesen terbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bidaan Siri Pendaftaraan KER Mulai Esok

13/01/2019
0

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka tender tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan KER 1 hingga KER 9999...

Hanya 50 Pemegang Lesen Terbang Serah Diri

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Hanya 50 individu pemilik lesen terbang di seluruh negara yang tampil dan menyerahkan lesen mereka kepada Unit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd