• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Korban Terkini Gempa Haiti

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT-DE-PAIX – Angka korban gempa bumi yang menggegarkan Haiti kelmarin kini sekurang-kurangnya 14 orang ketika agensi penyelamat bergelut mengesan mangsa di lokasi paling terjejas di negara Carribean itu.

Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya lapan orang mati di pantai utara Port-de-Paix, berhampiran pusat gempa bumi berukuran 5.9 magnitud itu.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gegaran dikesan pada kedalaman 11.7 kilometer.

Menurut pihak berkuasa tempatan, empat penduduk terbunuh di sekitar bandar Gros-Morne di selatan termasuk seorang wanita yang meninggal dunia akibat sakit jantung selepas dilanda gempa bumi.

Seorang lagi penduduk di bandar Chansolme terbunuh selepas sebuah rumah runtuh dan seorang lagi di Saint-Louis-du-Nord.

Wakil kerajaan tempatan berkata, 152 orang dilaporkan tercedera di Port-de-Paix manakala 30 lagi di Gros-Morne.

Gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud semalam turut memaksa penduduk lari bertempiaran ke jalan raya di Port-de-Paix. Namun tiada kemusnahan dilaporkan.

Presiden Jovenel Moise berjanji akan menghantar pasukan polis tambahan dan tentera ke wilayah terjejas sambil berjanji akan membantu keluarga mangsa.

Gempa bumi kali ini antara yang terkuat pernah menggegarkan Haiti sejak gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda ibu kota negara itu pada 2010. Berpuluh ribu penduduk terkorban dalam bencana itu. – Reuters/BH ONLINE

Tags: gempa bumiHaiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd