• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10,000 Tempahan Diterima Bagi SUV Proton X70

oleh
27/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 baharu, setakat ini menerima 10,000 tempahan sejak tempahan prapelancaran dibuka pada 8 Sept lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Proton Holdings Bhd berkata daripada jumlah itu, hampir 2,000 tempahan dibuat menerusi dalam talian, sekali gus mengesahkan keputusan yang dibuat syarikat untuk membangunkan dan melancarkan platform tersebut adalah tepat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong, pihaknya berusaha memastikan Proton X70 memenuhi jangkaan pembeli, dan pada masa sama membuat pelaburan besar bagi outlet dan pengedaran, selain mempunyai sumber jualan dan selepas jualan yang diperlukan bagi menyokong produk penting itu.

Ia merupakan SUV pertama Proton, serta yang pertama dibangunkan secara bersama oleh Proton dan Geely.

Proton X70, yang dikuasakan oleh enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI), turut menawarkan aspek keselamatan canggih, termasuk sistem brek kecemasan autonomi, amaran pelanggaran hadapan, sistem maklumat titik buta, amaran terkeluar laluan serta kawalan suluh tinggi pintar.

Sementara itu, Proton dalam kenyataan berkata, ia telah mencapai lebihan sasaran kelulusan permohonan outlet 3S/4S pada 109 outlet, dan permohonan untuk membuka outlet 3S/4S masih diterima pihaknya. – BERNAMA

Tags: Proton X70
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipenjara, Denda Guna Kad Pengenalan Palsu Kerja Sebagai Guru Sejak 29 Tahun

Pengemis Kaya Miliki Proton X70

22/02/2024
0

Kuala Lumpur: Hanya berbekal 'muka simpati', seorang lelaki menyara hidup dengan hasil mengemis hingga mampu membeli sebuah kenderaan utiliti sukan...

Apabila Polis Kenya Pakai Proton X70

24/11/2021
0

MERAK Jalanan tumpang bangga apabila polis Kenya pilih SUV Proton X70 sebagai kenderaan rasmi. Polis negara Afrika itu baru saja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd