• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zionis Kecam Real Madrid Sambut Remaja Palestin

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Kelab bola sepak Real Madrid dikritik pegawai Israel semalam selepas remaja Palestin, Ahed Tamimi, yang lantang menentang penjajahan Zionis, dirakam menerima baju T kelab berkenaan.

Remaja berusia 17 tahun itu dalam lawatan ke Sepanyol minggu ini bersama-sama keluarganya untuk menyertai pelbagai acara sosial dan politik.

Menurut akhbar sukan terkemuka Sepanyol, Marca, Tamimi ditawarkan jersi Real Madrid dan bergambar dengan bekas penyerang kelab itu, Emilio Butragueno.

Bagaimanapun, Real Madrid tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai jemputan itu ke rangkaian sosial atau laman web kelab berkenaan.

Duta Israel ke Sepanyol, Daniel Kutner, menulis di Twitter: “Ahed Tamimi tidak berjuang untuk keamanan, beliau mempertahankan keganasan, institusi yang menerima dan meraikan beliau secara tidak langsung menggalakkan pencerobohan dan bukan dialog dan pemahaman yang kami perlukan.”

Jurucakap Menteri Luar Israel, Emmanuel Nahshon, menyifatkan sambutan yang diberikan Real Madrid kepada Tamimi sebagai ‘memalukan’, menggambarkan remaja itu sebagai ‘pengganas yang menghasut kebencian dan keganasan.’

Tamimi menjadi tokoh penentangan Palestin sejak dipenjarakan lapan bulan kerana menampar dua anggota tentera Israel.

Beliau dibebaskan Julai lalu. – AFP/BH ONLINE

Tags: PalestinReal Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd