• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YBR Iktiraf 25 Graduan Cemerlang

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini meraikan 25 pelajar cemerlang yang merupakan anak-anak pemegang saham Bank Rakyat dalam Majlis Anugerah Graduan Cemerlang di Menara Kembar Bank Rakyat, dekat sini.

Pelajar-pelajar cemerlang itu terdiri daripada mereka yang berjaya menamatkan pengajian tertiari dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.50 ke atas.

Masing-masing menerima wang tunai RM1,000 serta sijil penghargaan YBR.

Pengerusi YBR, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata ganjaran yang diberikan merupakan insentif kerana menunjukkan pencapaian yang baik dalam akademik dan kokurikulum.

“Anugerah Graduan Cemerlang yang diperkenalkan sejak 2015 merupakan usaha YBR bagi menghargai dan memberi inspirasi kepada anak-anak anggota (pemegang saham) Bank Rakyat serta pelajar tajaan untuk mencapai keputusan cemerlang.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif yang ditawarkan oleh YBR untuk mendorong pelajar ke arah kecemerlangan seiring dengan cabaran Industri 4.0 ​​​​​​​yang memerlukan pelajar konsisten dari segi emosi, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang serta berani mengambil risiko dalam membuat keputusan,” katanya ketika memberi ucapan dalam majlis tersebut.

Turut hadir, Pengurus Besar YBR, Norashikin Shahrudin.

Shukry yang juga Pengerusi Bank Rakyat berkata YBR menyediakan pelbagai peruntukan bagi pembangunan modal insan termasuk mengubah pembiayaan pendidikan kepada biasiswa kepada pelajar tajaan yang mendapat keputusan ​​​​​​​cemerlang.

“Selain itu, para graduan juga berpeluang menyertai ‘Program Bakat Rakyat’ anjuran YBR bagi membantu mereka menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: graduanYBR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

NC UA Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera, Sasar Lahirkan Graduan Kompetitif

NC UA Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera, Sasar Lahirkan Graduan Kompetitif

27/02/2024
0

Naib-Naib Canselor Universiti Awam (UA) membentangkan Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera kepada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd