• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Beguk, Honduras Isytihar Kecemasan Kesihatan

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGUCIGALPA – Pihak berkuasa Honduras mengisytiharkan kecemasan kesihatan, susulan sejumlah 5,500 kes jangkitan beguk dilaporkan sejak Januari, paling banyak dilaporkan di utara negeri Cortes.

Kementerian Kesihatan berkata sebanyak 3,740 kes dilaporkan di Cortes manakala seramai 850 lagi di San Pedro Sula. menderita penyakit virus di ibukota Cortes San Pedro Sula.

Wabak itu mendorong Persatuan Kilang Honduras (AHM) memulakan kempen vaksinasi untuk semua pekerja dan anak-anak mereka.

Pengarah Komunikasi dan Pemasaran AHM Tesla Callejas, berkata sekurang-kurangnya tiga kilang di kawasan itu mengalami peningkatan kes.

Beliau berkata AHM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Cortes telah memberikan vaksin kepada lebih 2,500 pekerja kilang, setakat ini.

“Anak-anak pekerja di bawah umur lima tahun juga diberi suntikan vaksin,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan, pada minggu ini terdapat 3,266,931 orang dewasa terdedah kepada jangkitan kerana mereka tidak pernah menerima suntikan imunisasi untuk mencegah jangkitan tersebut.

Justeru, kementerian mengesyorkan penggunaan topeng muka sebagai langkah pencegahan dan elakkan berkongsi pakaian serta kelengkapan dengan individu yang dijangkiti beguk.

Dari tahun 2013 hingga 2017 hanya terdapat 138 kes setiap tahun di negara Amerika Tengah.

Pakar penyakit berjangkit di Hospital Universiti Honduras, Dr Tito Alvarado berkata penularan wabak itu disebabkan kekurangan pengambilan vaksin sejak dua dekad lalu. -BERNAMA-NNN-TELESUR

Tags: BegukHonduras
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akibat Tekanan PH, Najib Disoal Siasat Lebih 4 Jam

Next Post

PRK PD 13 Oktober, Penamaan Calon 29 September

Related Posts

USA Ekstradisi Bekas Presiden Honduras

23/04/2022
0

TEGUCIGALPA – Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez diekstradisi ke Amerika Syarikat (USA) kelmarin untuk dibicarakan kerana didakwa membantu penyeludupan...

Bekas Presiden Honduras Ditahan, Didakwa Terlibat Sindiket Dadah

16/02/2022
0

TEGUCIGALPA: Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez ditahan atas tuduhan terlibat dengan sindiket pengedaran dadah pada Selasa. Anggota polis dikerah...

Next Post

PRK PD 13 Oktober, Penamaan Calon 29 September

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd