• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMAP Disaran Wujud Program Latih Pelajar Memiliki Ketokohan Tinggi

oleh
23/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif mewujudkan program khusus untuk melatih pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang mempunyai ciri-ciri ketokohan tinggi.

Menurut baginda silibus program itu harus merangkumi pemantapan jati diri sebagai bangsa Malaysia, penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris termasuk pengucapan dan penulisan serta pembentukan, penerapan dan pemantapan nilai-nilai ketokohan dalam diri pelajar.

“Program khusus ini adalah sebagai persediaan mereka menghadapi masa depan yang semakin mencabar selain memenuhi keperluan menjadi negara maju,” titah Tuanku Syed Faizuddin yang berkenan merasmikan Majlis Anugerah Tokoh Siswa Universiti Awam 2017 di Dewan Ilmu UniMAP di sini, malam tadi.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP berangkat sama.

Turut hadir Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Kamel Mohamad, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir serta Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zu Azhar Zahid Jamal.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah pelajar harus memiliki ciri-ciri kepimpinan, pemikiran yang tajam dan fokus, toleransi, berperibadi mulia dan bijak untuk menjadi tokoh sebagai pemimpin masa depan.

Pada majlis itu, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Fatin Azzahra Lokman dinobatkan sebagai Tokoh Siswa 2017. – BERNAMA

Tags: UniMAP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gotong-Royong Wujudkan Kesedaran Orang Ramai Mengenai Kebersihan

Next Post

Pendaki Hilang Di Gunung Singai Ditemukan Selamat

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

Next Post

Pendaki Hilang Di Gunung Singai Ditemukan Selamat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd