• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Sepakat Elak Perbalahan – Mahathir

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya bersatu hati dalam mencapai kata sepakat bagi mengelakkan perbalahan dan permusuhan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jangan hanya disebabkan sedikit perbezaan orang Islam yang menganuti agama dan mengamalkan fahaman Islam yang sama berpecah belah sehingga membenci antara satu sama lain.

“Kesepakatan berlaku apabila sesuatu perkara itu mendapat persetujuan 100 peratus daripada semua pihak, namun ia sesuatu yang mustahil.

“Maka cara lain ialah dengan mengambil keputusan majoriti dan apa yang diputuskan majoriti haruslah diterima dengan hati terbuka oleh minoriti tanpa menimbulkan kekecohan,” katanya dalam ucapan amanat sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan kali ke-57 di Jalan Pahang di sini.

Dengan cara itu, masyarakat Islam dapat bergerak serentak sebagai satu saudara yang saling menghormati dan menyayangi sesama mereka seperti yang termaktub dalam Al-Quran, katanya.

Keadaan itu juga katanya akan menyebabkan sesebuah organisasi dan negara yang dipimpin umat Islam itu berjalan lancar dan pemerintahan akan membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada semua rakyat.

Dalam pada itu, Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua PERKIM turut berharap pertubuhan itu akan terus menjalankan tanggungjawab menjelaskan ajaran Islam sebenar kepada rakyat termasuk kepada orang bukan Islam.

Beliau berkata usaha murni itu jika dikekalkan berkemungkinan mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam seperti dahulu.

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM itu dihadiri lebih 250 orang termasuk Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Turut hadir Setiausaha Agung PERKIM, Tan Sri Mohd Yusof Noor, Bendahari Kehormat PERKIM, Tan Sri Dr Muhammad Rais Abdul Karim dan Naib Yang Dipertua PERKIM, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. — BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd