• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular Sawa 150 Kilogram Gemparkan Penduduk

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Penduduk di Taman Pelangkah di sini gempar dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 150 kilogram di sebuah bengkel berhampiran perumahan itu hari ini.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pekan Leftenan Muda Siti Noor Atikah Rasid berkata ular yang bersembunyi di bawah sebuah kereta tersadai, dijumpai pada pukul 4 petang oleh seorang wanita yang melalui kawasan itu.

“Kami mengambil masa selama setengah jam untuk menangkap ular sawa yang dianggarkan sepanjang tujuh meter itu kerana perlu mengalihkan sedikit kedudukan kereta terlebih dahulu.

“Ular berkenaan juga bertindak agresif dengan cuba menyerang anggota yang terlibat mungkin kerana berasa terancam,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di sini.

Siti Noor Atikah menambah seramai lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan ular itu dimasukkan ke dalam sangkar sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

“Ular sawa itu merupakan yang paling besar dan panjang pernah kami tangkap setakat tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ular sawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

09/01/2026
0

  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hampir menemui ajal selepas digigit dan dibelit ular sawa batik berhampiran rumah bapa...

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd