• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ucapan Perasmian Hadi Dinanti

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pagi ini, Datuk Seri Hadi Awang bakal menyampaikan ucapan dasar sekali gus merasmikan Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini.

Dalam beberapa keadaan, muktamar kali ini mencatat sejarah tersendiri dan antara yang paling ketara pastinya kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku undangan khas.

Kelmarin, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilihat mengikuti majlis perasmian Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad turut kelihatan pada majlis perasmian Dewan Muslimat PAS, semalam.

Wajah politik matang dalam suasana Malaysia baharu ini semestinya membuatkan ramai yang ternanti-nanti isyarat bakal diberi Hadi selaku Presiden PAS menerusi ucapan dasarnya.

Apa juga mesej bakal disampaikan pemimpin veteran itu akan menjadi penentu hala tuju PAS ke arah menyusun atur gerak langkahnya pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ia dianggap penting demi kelangsungan PAS, lebih-lebih lagi dalam keadaan ramai membicarakan soal kerjasamanya dengan UMNO – dua parti yang selama ini dilabel sebagai lawan tradisi sejak sekian lama.

Mengikut pengalaman terdahulu, PAS lazimnya menyerahkan soal penentuan dasar dan strategi kelangsungan politiknya kepada Majlis Syura Ulama selaku badan tertinggi parti berkenaan.

Justeru, keadaan itu hampir pasti diteruskan dalam soal membabitkan langkah berbaik-baik dengan UMNO susulan beberapa bayangan yang diberi Hadi sebelum ini.

Turut menarik untuk diikuti hari ini adalah intipati perbahasan ucapan dasar dengan tumpuan perwakilan pastinya terarah kepada pencapaian PAS dalam PRU-14 dan membuka ruang kerjasama dengan UMNO. – BH ONLINE

Tags: Hadi AwangMuktamar PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd