• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tukang Panggang’ Kucing Mengaku Tidak Bersalah

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang dipercayai membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh iaitu A Mohanraj, 41, pemandu teksi dan rakannya S S Satthiya, 26, juruteknik, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh termasuk seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap kucing itu di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria, di sini, pada 11 September lalu, jam 12.54 tengah malam hingga 1 pagi.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Selain itu, mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali sebulan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam bela.

Sebelum ini, kedua-duanya ditahan polis pada Jumaat lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai.

Namun, seorang lagi rakan mereka masih diburu oleh pihak berkuasa.

Pada 13 September lalu, media melaporkan seekor kucing bunting ditemui mati dalam keadaan berdarah akibat melecur di kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Selasa minggu lalu.

Klip video daripada televisyen litar tertutup (CCTV) yang ditularkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia sejak awal pagi itu mendapat banyak kritikan dan kata-kata maki hamun netizen. – BH Online

Tags: bunuh kucingKedai Dobi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Johor Kurnia Pesawat Kepada UTHM

Next Post

Keracunan Alkohol Tidak Lagi Terhad ke Lembah Kelang

Related Posts

Mayat Rentung Kemalangan Seorang Penuntut Kolej

‘Di Mana Bella? Dia Tak Pergi Kedai Dobi Pun…’

27/12/2023
0

BATU PAHAT: Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir dua minggu lalu masih menimbulkan misteri meskipun...

Kucing Itu Sengaja Ditahan Hingga Mati Tersepit

14/12/2020
0

JOHOR BAHRU - Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu 'roller shutter' sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara...

Next Post

Keracunan Alkohol Tidak Lagi Terhad ke Lembah Kelang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd