SEPANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak disediakan di tempat kerja dengan mengutamakan syarat-syarat yang ditetapkan.
Beliau berkata, isu pusat penjagaan kanak-kanak perlu diberi perhatian justeru berharap lebih banyak organisasi menubuhkan pusat tersebut di tempat kerja.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pusat jagaan kanak-kanak di Ibu Pejabat AirAsia RedQ, Taska Krista@RedQ di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Taska Krista@RedQ menerima kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun dan setakat ini taska tersebut mempunyai seramai 42 kanak-kanak.- UTUSAN ONLINE

