• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Keluar Parti Melucukan

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Dr Ibrahim Ali menyifatkan tindakan beberapa ahli politik keluar parti sejak kebelakangan ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai sesuatu yang melucukan.

Katanya, alasan pemimpin UMNO yang keluar parti semata-mata enggan menerima kerjasama UMNO dengan PAS hanyalah rekaan, malah ia tidak boleh diterima kerana kedua-duanya sudah bekerjasama sejak sebelum PRU-14 lagi.

“Jika tidak bersetuju dengan kerjasama yang dijalinkan itu, seharusnya mereka menentang dari awal, bukannya menggunakan alasan itu atau apa alasan sekalipun, selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada PRU lalu.

“Saya geli hati dengan alasan sebegitu. Kalau saya jadi mereka, saya malu kerana saya ada harga diri,” katanya pada sidang medianya di sini, hari ini.

Minggu lalu, dua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan parti itu dalam tempoh tidak sampai 24 jam, manakala semalam pemimpin veteran UMNO, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, turut mengikut jejak langkah sama.

Ibrahim berkata, beliau yakin terdapat beberapa pemimpin UMNO akan keluar daripada parti ini atas beberapa sebab lain, termasuk ingin mencari parti baharu.

“Kalau mereka keluar UMNO dan menyertai parti lain, saya anggap mereka sebagai lompat beruk kerana sanggup beralih arah ke parti lain selepas kekalahannya,” katanya.

Ibrahim berkata, beliau turut mendengar desas-desus ada calon terpaksa keluar daripada UMNO kerana ugutan daripada pihak tertentu.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim yang juga Presiden Penaja Parti Bumiputera Perkasa (PUTRA), merayu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mempercepatkan kelulusan parti baharu itu.

“Saya merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ROS untuk meluluskan permohonan ini bagi membolehkan saya meneruskan wadah perjuangan politik parti ini.

“Perlu saya tegaskan, PUTRA dianggotai orang biasa cuma kita perlu wadah politik untuk apa yang kita perjuangkan tetapi atas nama parti politik,” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Ibrahim Alikeluar parti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Warisan Keluar Parti Jadi ADUN Bebas

Tiga ADUN Warisan Keluar Parti Jadi ADUN Bebas

06/02/2023
0

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) kembali goyah apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan keluar daripada parti berkenaan hari...

4 MP Bersatu Sabah Hilang Kerusi Jika Keluar Parti Secara Rasmi

4 MP Bersatu Sabah Hilang Kerusi Jika Keluar Parti Secara Rasmi

12/12/2022
0

Empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi sebaik sahaja keluar daripada parti itu secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd