• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lagi Anjung Kasih Beroperasi Tahun Depan

oleh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Sebanyak tiga buah Anjung Kasih dijangka siap dibina tahun depan menjadikan 14 tempat penginapan percuma untuk waris pesakit itu bakal beroperasi di hospital-hospital rujukan seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata tiga Anjung Kasih tersebut dibina di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; dan Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

“Tanggungjawab menjaga pesakit di hospital boleh menjadi satu kesukaran bagi waris yang kurang berkemampuan dari sudut kewangan sehingga ada yang tidur bergelimpangan di ruang lobi hospital.

“Kerajaan prihatin terhadap situasi ini dan cuba meringankan beban mereka dengan menawarkan penginapan percuma supaya mereka dapat bersama semasa rawatan untuk pesakit dijalankan,” katanya semasa merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tan Sri Leo Moggie.

Selain di Hospital Serdang, Wan Azizah berkata sebanyak lapan Anjung Kasih telah beroperasi iaitu di Hospital Selayang, Selangor; Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh dan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang; Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak; Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan; dan Hospital Sibu, Hospital Umum dan Hospital Miri, Sarawak.

Katanya dua lagi telah siap dibina dan bakal beroperasi menjelang hujung tahun ini di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis.

“Sejak diwujudkan pada tahun 2006 anjung kasih di seluruh negara telah memberi manfaat kepada lebih 54,000 waris pesakit,” katanya.

Mengenai Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, Dr Wan Azizah berkata projek hasil kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan TNB itu bertujuan menaik taraf tempat penginapan tersebut serta menambah kapasitinya yang mampu menempatkan 102 orang pada satu masa berbanding 26 orang sebelum ini.

Menurutnya pelbagai kemudahan lain turut disediakan untuk keselesaan penghuni termasuk surau, ruang rehat, ruang cucian dan jemuran, ruang makan, bilik kaunseling dan bilik sukarelawan.

Dr Wan Azizah berkata kos menaik taraf bangunan tersebut ditangung oleh TNB, termasuk kos penyelenggaraan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam pada itu, beliau berharap waris pesakit yang menginap di Anjung Kasih dapat menjaga kemudahan yang disediakan dengan baik bagi memastikan keselesaan penghuni lain pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafizi Lebih Gembira Jadi Peniaga Berbanding Pak Menteri

Next Post

ADUN Chenderoh, 10 Ahli UMNO Cedera Nahas Di Tapah

Related Posts

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

27/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei...

Dr Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi

26/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar...

Next Post

ADUN Chenderoh, 10 Ahli UMNO Cedera Nahas Di Tapah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd