• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Tangguh Pemilihan PKR – Anwar

oleh
14/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pemilihan PKR tidak perlu ditangguh semata-mata bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kempen untuk pemilihan PKR sudah berlangsung kira-kira sebulan, justeru anggota serta jentera parti kini boleh meletakkan fokus kepada PRK Port Dickson yang akan diadakan nanti.

“Cadangan (tangguh pemilihan) itu baik, semua kita patut fokus kepada dua perkara ini tetapi kamu hendak bertanding, bertandinglah. Kamu, antara parti dan kawasan pilihan raya yang mana lebih penting?

“Kalau dua-dua penting, kamu sudah kempen sebulan cukuplah, kini tumpu kepada (PRK) Port Dickson. Maknanya boleh (adakan pemilihan) tetapi ini (pemilihan) pada peringkat akhir, sudahlah,” katanya ketika berucap pada majlis Agenda Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini, malam ini.

Turut hadir Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Timbalan Menteri Industri Utama dan kira-kira 1,000 anggota parti itu.

Semalam, Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan pengosongan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR, bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

Sementara itu, Anwar berkata anggota PKR harus memilih pemimpin yang dapat berkhidmat dengan sebaiknya untuk parti dan juga rakyat, justeru pemimpin yang sombong dan korup perlu ditolak sekeras-kerasnya pada pemilihan akan datang.

Beliau berkata salah guna kuasa serta wang terutama ketika pemilihan PKR tidak akan dimaafkan sama sekali, dan beliau tegas mengingatkan semua pemimpin serta anggota parti mengenai perkara tersebut.

“Jangan ada kuasa sedikit nak ugut orang, jangan ada wang nak beli undi, ingat ini UMNO ke? Ini parti perjuangan demi rakyat, daripada dukungan rakyat, jadi bila kita ada kuasa kena ingat,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Anwar berkata keadaan kesihatannya baik untuk berkhidmat sebagai seorang anggota Parlimen dan Perdana Menteri, sekiranya itu yang dikehendaki rakyat.

Beliau berkata bahunya yang mengalami kecederaan sebelum ini masih memerlukan rawatan fisioterapi seminggu sekali, namun ia tidak akan menghalangnya berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

“Alhamdulillah dari segi kesihatan baik…bahu ini walaupun baik perlu ambil sedikit masa (untuk pulih), fisioterapi saya juga boleh buat di Port Dickson,” katanya secara berseloroh. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Thai Rampas Hampir Satu Tan Ganja Untuk Diseludup Ke Malaysia

Next Post

Accapan Sudah Tiada

Related Posts

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Accapan Sudah Tiada

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd