• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penuntut UA Dihalang Hadiri PAU

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kes penuntut Universiti Awam (UA) dihalang daripada menghadiri Perhimpunan Agung UMNO seperti yang didakwa pihak tertentu, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Katanya kebebasan bersuara mahasiswa institusi pengajian tinggi sentiasa digalakkan dan perkara itu akan terus dijamin selari dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya terbuka kepada penyertaan dan penglibatan mana-mana penuntut yang berminat dalam perhimpunan agung mana-mana parti politik, tidak seperti amalan rejim Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Dakwaan itu tidak berasas sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa UA tidak dibenarkan menggunakan kemudahan universiti seperti bas universiti untuk menghadiri AGM parti tersebut.

Hari ini sebuah portal melaporkan mengenai dakwaan penuntut UA diancam biasiswa mereka akan dibatalkan sekiranya menghadiri perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini merupakan kali pertama diadakan selepas parti itu menjadi pembangkang berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikPAU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Pau Pak Ngah Ampang Cita Rasa Itali

01/01/2019
0

UNIK... Muhammad Afiq Roslan yang membesar dengan perniagaan kuih pau keluarganya, membawa kelainan kepada resipi keluarga dengan memberi suntikan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd