• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Pink Legacy Dibawa Keliling Dunia Sebelum Dilelong

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sebutir berlian merah jambu seberat 19 karat bakal dibawa mengikuti siri jelajah sebelum dilelong di Geneva dan dijangka mampu mencecah antara AS$30 juta (RM124 juta) dan AS$50 juta (RM206 juta).

Menurut pengumuman oleh agensi lelongan Christie hari ini, berlian dikenali sebagai ‘Pink Legacy’ itu dikategorikan sebagai ‘vivid’, iaitu kedudukan tertinggi bagi warna berlian dan memiliki berat 18.96 carat, menjadikan ia berlian merah jambu terbesar pernah dilelong setakat ini.

Ia sebelum ini adalah sebahagian daripada koleksi Oppenheimer, kata Christie merujuk kepada keluarga yang membangunkan syarikat De Beers sebagai peniaga berlian terbesar dunia.

“Ciri-ciri dan keunikan pada permata ini membuatkan ia berada dalam kelas tersendiri sebagai antara berlian terhebat dunia,” kata ketua perhiasan antarabangsa Christie, Rahul Kadakia.

Setakat ini hanya empat berlian merah jambu ‘vivid’ dengan berat lebih 10 karat pernah dibuka untuk lelongan, dengan rekod pembelian termahal dicatat pada November tahun lalu menerusi acara oleh Christie Hong Kong, membabitkan ‘The Pink Promise’, iaitu berlian berbentuk bujur yang dijual pada harga AS$33 juta (RM136 juta).

The Pink Legacy akan dibawa ke Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong oleh Christie Geneva pada 13 November nanti. – Reuters

Tags: berliandilelong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firman Pula Dakwa Hadiah Berlian GV4 Palsu

19/07/2019
0

PENYANYI Indonesia Firman Siagian mendakwa subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. Firman, 40, berkata, barang...

Vida Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

17/07/2019
0

PETALING JAYA - Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempamerkan lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 sebagai ganti rugi kepada penyanyi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd