• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersilap Pintu Keluar Pesawat Dianggap Tandas

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUMBAI – Seorang penumpang warga India mencetuskan suasana panik penumpang lain dalam sebuah pesawat ketika di udara apabila cuba membuka pintu keluar kerana tersalah anggap ia pintu tandas, menurut laporan.

Lelaki itu menaiki pesawat GoAir dari New Delhi ke Patna pada Sabtu lalu apabila cuba membuka pintu keluar belakang pesawat, kata syarikat penerbangan berkenaan.

“Seorang lagi penumpang segera memberi amaran dan kru sempat menyekat lelaki terbabit daripada membuka pintu keluar,” menurut kenyataan GoAir, hari ini.

Media India pula melaporkan bahawa lelaki terbabit berada dalam lingkungan usia 20-an dan kali pertama menaiki pesawat.

“Apabila penumpang lain bertanya apa yang cuba dilakukannya, lelaki berkata dia perlu segera menggunakan tandas dan beberapa kali cuba membuka pintu keluar.

“Keadaan menjadi kacau bilau kerana keadaan itu sebelum dia disekat dan diserah kepada kami,” lapor The Telegraph, akhbar berpejabat di Kolkata, memetik seorang pegawai sebagai berkata.

“Dia kata dia keliru kerana menaiki pesawat buat kali pertama dalam hidupnya,” kata pegawai itu, Mohammad Sanowar Khan.

GoAir berkata, penumpang itu kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut selepas pesawat selamat mendarat di destinasi.

Jurucakap syarikat penerbangan itu juga memberitahu, lelaki itu tidak akan berjaya membuka pintu itu kerana tekanan udara di kabin.

Kejadian itu berlaku hampir seminggu selepas satu kesilapan teknikal menyebabkan lebih 30 penumpang Jet Airways berdarah di hidung dan telinga kerana kru terlupa menghidupkan suis mengawal tekanan udara. – AFP

Tags: panikpintu pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kakitangan Kerajaan Panik Akibat Gegaran Gempa Bumi

25/02/2022
0

PUTRAJAYA : Situasi panik berlaku di beberapa bangunan jabatan kerajaan di pusat pentadbiran di sini, pagi tadi, apabila kakitangan kerajaan...

Penghantar Barang Panik, Cari Pemilik Bungkusan Di Kubur

26/11/2021
0

Harapnya pemilik barang ini tidak menuntut barangnya. Sebenarnya siapa yang pesan barang ini? Seorang penghantar barang panik kerana terpaksa cari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd