• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera China Dikenakan Sekatan

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluaskan pe­rang sekatan ke atas Rusia dengan melibatkan China kelmarin apabila Washington me­ngumumkan langkah untuk menghukum organisasi ketenteraan China kerana membeli jet tempur dan peluru berpandu buatan Rusia.

Jabatan Negara AS yang meningkatkan tekanan ke atas Moscow kerana didakwa melakukan ‘aktiviti jahat’ menyatakan, pihaknya me­ngenakan sekatan kewangan ke atas Jabatan Pembangunan Peralatan (EDD) dan pengarahnya berhubung pembe­lian terkini sejumlah jet pejuang Sukhoi Su-35 dan misil S-400 Rusia oleh tentera China.

EDD diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan China.

Beberapa pegawai AS berkata, ini kali pertama sebuah negara ketiga menerima hukuman di bawah undang-undang sekatan itu yang dikenali sebagai Menangani Musuh Amerika Melalui Akta Sekatan (CAATSA) kerana berurusan dengan Rusia.

Pengumuman sekatan itu memberi isyarat bahawa pentadbiran Presiden Do­nald Trump sanggup mempertaruhkan hubungan de­ngan negara-negara lain dalam kempen beliau menentang Moscow.

Mereka juga berkata, Washington akan mempertimbangkan tindakan serupa ke atas negara lain yang membeli jet tempur dan misil Rusia. Sekutu AS, Turki sedang berunding dengan Moscow untuk membeli peluru berpandu S-400.

“Sasaran sebenar sekatan ini ialah Rusia,” kata seorang pegawai pentadbiran kanan kepada wartawan.

“Sekatan CAATSA dalam konteks ini (ke atas China) bukan bertujuan untuk melemahkan keupayaan pertahanan mana-mana negara. Ia bertujuan untuk menjejaskan Rusia sebagai tindak balas terhadap aktiviti jahatnya,” kata pegawai ber­kenaan.

CAATSA diluluskan pada tahun 2017 sebagai alat untuk memberikan lebih ba­nyak kuasa kepada pentadbiran Trump untuk menyasarkan Rusia, Iran dan Korea Utara menerusi sekatan politik serta ekonomi.

“CAATSA diwujudkan susulan tindakan agresif Rusia di Ukraine, rampasan wilayah Crimea, pencerobohan siber, campur tangan Moscow dalam pilihan raya AS pada 2016 dan aktiviti jahat lain,” kata Jabatan Negara AS. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Amerika SyarikatChina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd