• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taufan Mangkhut Ganggu Program Lawatan Wartawan Malaysia

oleh
16/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHENZHEN – Program lawatan lapan hari delegasi sembilan wartawan Malaysia ke China terganggu disebabkan oleh taufan Mangkhut, yang mungkin melanda bandar pelabuhan di wilayah Guangdong, pada malam hari nanti.

Program yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan atas sebab keselamatan. Perancangan awal adalah untuk melawat Kawasan Perdagangan Bebas Shekou dan Institut Penyelidikan Big Data Shenzhen.

Ini disebabkan langkah keselamatan oleh kerajaan perbandaran Shenzhen, yang mengarahkan semua syarikat dan sekolah menghentikan operasi mereka.

Pada sebelah pagi, terdapat hujan dan angin kencang, sebagai tanda bahawa taufan kuat itu sudah hampir. Oleh itu, kebanyakan orang tinggal di dalam rumah dan jalan raya hampir kosong dengan hanya beberapa bas awam yang kelihatan.

Menurut sebuah portal berita, peringatan mengenai taufan itu telah dikeluarkan di Shenzhen, Dongguan, Zhuhai, Zhongshan dan Jiangmen. Huizhou, Foshan dan Guangzhou.

Dianjurkan oleh Kedutaan China di Kuala Lumpur, lawatan dari 15 Sept hingga 22 Sept itu meliputi tiga wilayah di China iaitu Shenzhen, Hangzhou dan Beijing.

Delegasi sembilan wartawan itu , yang disertai oleh atase dari kedutaan, tiba di Shenzhen pada petang Sabtu.

Pemerhatian pada petang Sabtu, mendapati kebanyakan kedai telah dibuat tanda pangkah yang besar pada panel tingkap kaca sebagai langkah keselamatan serta untuk meminimumkan kerosakan.

Sabtu lalu, Agensi berita Macau melaporkan lebih 150 penerbangan dari Macau dibatalkan kerana taufan Mangkhut, termasuk penerbangan AirAsia.

Memetik laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Macau (MIA), ia melaporkan AirAsia mengumumkan bahawa akan membatalkan semua penerbangan yang dijadual berlepas dari Macau, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen dan Shantou antara pukul 2 pagi dan 11.59 Ahad malam (16 Sept).

Rabu lepas, Balai Cerap Meteorologi Shenzhen dalam Portal Kerajaan Shenzhen Online, berkata taufan Mangkhut mungkin menjadi taufan terkuat di Pasifik barat tahun ini.

Ia berkata ini berdasarkan laluan Mangkhut yang stabil, taufan itu akan memberi impak yang kuat ke atas Shenzhen pada hari Ahad dan Isnin.

Disifatkan sebagai badai raksasa, taufan itu melanda Filipina utara dengan angin kencang dan hujan lebat. Ia dijangka meneruskan haluan ke arah Hong Kong dan bahagian lain di selatan China, termasuk Shenzhen. – BERNAMA

Tags: Taufan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini

Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini

17/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina dan bergerak ke arah...

Taufan Willa Hampiri Mexico

24/10/2018
0

MAZATLAN, Mexico – Beribu-ribu orang berpindah, bangunan diperkukuhkan dan sekolah di kawasan pantai Mexico yang menghadap Lautan Pasifik ditutup ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd