• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Tema Bukit Merah Tutup Dua Bulan

oleh
19/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort di sini akan ditutup selama dua bulan bagi membolehkan kerja-kerja menambah tarikan baharu dan penambahbaikan kawasan tersebut.

Ketua Operasi Kumpulan Resort, Mohamad Mukhriz Mohamad Roslan berkata kerja-kerja itu dijalankan bermula semalam hingga 30 Nov depan.

Katanya projek itu membabitkan pertambahan beberapa jenis gelongsor air baharu seperti Mini Tornado Slide dan Race Slides.

“Pada masa sama, kerja-kerja penambahbaikan turut dijalankan di dalam kawasan taman tema air berkenaan membabitkan pembaharuan di seluruh bahagian permainan kanak-kanak iaitu Kembara Rimba Air dan ‘Perak Mining‘, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

‘Beliau berharap projek itu bakal menjadi tarikan baharu bagi taman tema air tersebut yang sudah beroperasi sejak 21 untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung.

“Kita juga bakal mengadakan tawaran hebat bermula dari hari pembukaan semula taman tema berkenaan dan berlanjutan dalam tempoh sebulan sebagai langkah mempromosikannya kepada orang ramai,“ katanya.

Mohamad Mukhriz berkata tarikan lain seperti penginapan di Kampung Air serta Laketown Hotel, Taman Eko (Ecopark), dan Pulau Orang Utan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan itu. – BERNAMA

Tags: Taman Tema
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taman Tema Dibenar Operasi, Saringan Suhu Sekali Sahaja

29/06/2020
0

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini mengumumkan lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi,...

Tutup MAPS: Pelaburan RM500 Juta Hangus – Najib

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd