• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Tahan Bau 100 Mayat

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUADALAJARA – Pihak berkuasa Mexico berusaha mencari sebuah parkir kosong semalam untuk menempatkan sebuah trak membawa lebih 100 mayat tidak dikenali yang mencetuskan kemarahan penduduk bandar itu kerana tidak tahan dengan bau mayat berkenaan.

Treler dilengkapi sistem penyejuk itu disewa apabila rumah mayat di bandar kedua terbesar Mexico itu sudah penuh dan diletakkan di sebuah gudang selama dua minggu di satu kawasan miskin Duraznera di pinggir bandar.

Ia mencetuskan kontroversi selepas penduduk mengadu tidak tahan dengan baunya selain menarik banyak lalat di lokasi itu.

Pihak berkuasa meletakkan trak itu di sebuah parking kosong di Tlajomulco, sebuah lagi kawasan miskin jauh dari pusat bandar sebelum penduduknya pula membuat bantahan sejak Sabtu lalu.

Pegawai kemudian memindahkannya ke sebuah tempat penyimpan di pusat bandar dan kekal di situ hingga semalam.

“Kami tidak mahu ia berada di sini. Mereka perlu letakkannya di tempat lain. Ada ramai kanak-kanak di sini. Bau dari treler itu amat busuk dan mungkin menyebabkan kami sakit,” kata Jose Luis Tovar yang tinggal berdekatan.

Pihak berkuasa di negeri barat Mexico, Jalisco, memberitahu bahawa mereka sedang berusaha mencari penyelesaian.

Menteri Dalam Negeri Jalisco, Roberto Lopez mengecam keputusan memindahkan mayat itu dari satu tempat ke tempat lain.

Beliau menegaskan, sesiapa yang bertanggungjawab dalam perkara itu dalam pentadbiran negeri akan dikenakan hukuman berat.

“Keadaan ini menunjukkan ada pegawai tidak sensitif kepada perkara tertentu termasuk keluarga mayat yang belum dituntut itu,” katanya dalam sidang akhbar. – AFP/BH ONLINE

Tags: Mayatmexico
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd