• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Bunuh Kucing Botakkan Kepala, Cukur Muka

oleh
16/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang daripada dua suspek yang berjaya ditahan kerana disyaki membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi, dipercayai cuba mengubah penampilan rupa bagi mengelakkan diri daripada dikenali ketika diburu polis.

Ketika ditahan di sekitar kawasan Gombak oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, awal pagi semalam, suspek berkenaan didapati sudah membotakkan kepala dan mencukur bersih mukanya.

Suspek itu dipercayai berbuat demikian susulan tindakan polis mendedahkan gambar tiga lelaki dikehendaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan.

Bagaimanapun, langkah suspek itu gagal menghalang polis daripada menjejakinya sebelum direman hingga Isnin ini.

Selain suspek itu, polis dilaporkan berjaya menahan seorang lagi lelaki terbabit di sekitar Gombak pada awal pagi semalam, yang juga direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Seorang lagi lelaki yang turut dirakam berada di dobi terbabit ketika kejadian, masih diburu polis.

Media sebelum ini melaporkan, dua lelaki tergamak membunuh seekor kucing terbiar yang sedang bunting, dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi di Taman Gombak Ria, Selasa lalu.

Perbuatan kejam kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai dobi terbabit sebelum kejadian dikongsikan Persatuan Haiwan Malaysia.

Melalui rakaman berdurasi dua minit 50 saat itu, dua lelaki yang juga pelanggan dobi berkenaan dilihat memasukkan kucing terbabit ke dalam mesin pengering.

Mereka kemudian beredar sambil membawa baju sudah dibasuh, namun datang semula beberapa saat kemudian dan memasukkan duit syiling ke dalam mesin pengering itu.

Kedua-duanya meninggalkan kedai berkenaan sebaik menekan butang mengaktifkan mesin pengering mengandungi kucing betina terbabit, sebelum bangkai haiwan itu ditemui seorang pelanggan dalam keadaan berlumuran darah.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, dilaporkan sebagai berkata hasil penelitian terhadap rakaman CCTV, didapati ada tiga lelaki datang ke dobi itu untuk membasuh baju mereka.

“Namun, dua daripada mereka kemudian dilihat memasukkan kucing betina sedang bunting ke dalam mesin pengering,” katanya. – BH Online

Tags: bunuh kucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kucing Itu Sengaja Ditahan Hingga Mati Tersepit

14/12/2020
0

JOHOR BAHRU - Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu 'roller shutter' sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara...

Penganggur Didakwa Bunuh 3 Kucing Dalam Mesin Basuh

16/07/2020
0

SELAYANG - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh tiga ekor kucing dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd