• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suplemen ‘Beracun’ Di Pasaran

oleh Cj Mnh
12/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puluhan sebatian kimia dalam produk suplemen kesihatan berasaskan herba yang dihasilkan dan dijual di pasaran, tidak melalui ujian dan kelulusan Kementerian Kesihatan.

Difahamkan, penghasilan produk suplemen memerlukan pelbagai sebatian kimia yang mungkin juga mencecah ratusan jenis, namun tidak diuji secara langsung oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan kerana ia dianggap bahan semula jadi.

Meskipun ditakrif sebagai bahan kimia semula jadi, sebatian itu tidak semestinya selamat, malah mampu menjejaskan kesihatan pengguna apabila produk diambil oleh pengguna untuk jangka panjang. Sebagai contoh, salah satu sebatian kimia dalam produk suplemen adalah ‘fitoestrogen’, yang mempunyai sifat hormon wanita (estrogen).

Ia mungkin selamat jika diambil dalam kuantiti kecil, terkawal dan untuk jangka pendek, namun jika diambil bagi jangka panjang dan produk ada kuantiti ‘fitoestrogen’ tinggi, ia berpotensi memberi rangsangan berlebihan kepada organ peranakan pengguna wanita.

Akibatnya, boleh mendatangkan pelbagai masalah, termasuk kepada kitaran haid, berisiko menyebabkan ketumbuhan dan paling membimbangkan adalah kanser jika diambil untuk jangka panjang oleh pengguna.

Uji kualiti keselamatan

BH difahamkan, ujian Kementerian Kesihatan terhadap produk suplemenhanya berkaitankualiti dan keselamatan produk, iaitu menguji kehadiran bahan asing atau pencemaran bahan tertentu.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar,Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor, mengakui perkara berkenaan. Beliau berkata, kementerian biasanya melakukan ujian berkaitan bahan pencemar atau bahan asing yang masuk secara sengaja atau tidak ke dalam produk, tetapi tidak menguji sebatian kimia asal yang ada dalam produk itu.

Katanya, kementerian akan menguji sifat fizikal, sterilisasi dan kehadiran bahan cemar, iaitu jumlah keseluruhan bakteria dan kulat, pencemaran bakteria seperti e-Coli, staph aureus, salmonella dan pseudomonas serta pencemaran logam seperti lead’, cadmium’, arsenik dan merkuri, kandungan steroid atau bahan palsu pada produk. “Jika bahan itu tidak dikesan atau dalam kuantiti rendah di bawah paras bahaya, kementerian akan memberi kelulusan untuk produk dipasarkan,” katanya kepada BH.

Bagaimanapun, beliau berkata, produk yang diluluskan itu tidak semestinya selamat digunakan kerana sebatian kimia semula jadi tidak diuji oleh makmal kementerian berkenaan. “Kesan sampingan oleh produk ini juga tidak dapat dikesan oleh kementerian kerana ia mungkin tersembunyi untuk jangka panjang,” katanya.

Dr Mohd Rushdan yang juga Ahli Medical Mythbusters Malaysia berkata, produk suplemen seperti herba dan jamu boleh memudaratkan kerana ia tidak diuji secara kajian saintifik.

“Mereka hanya tahu produk itu selamat atau tidak dengan melihat kesan ke atas pengguna, seolah-olah pengguna itu bahan uji kaji. “Bayangkan jika pengeluar produk ini mencampur-adukkan pelbagai herba dan ramuan lain di dalamnya, kita tidak tahu jumlah keseluruhan sebatian kimia di dalam produk itu,” katanya.

Kajian saintifik

Beliau yang aktif menulis isu kesihatan di laman Facebook berkata, kaedah terbaik untuk menguji keberkesanan dan keselamatan produk suplemen adalah melalui kajian saintifik yang dimulakan dengan kajian praklinikal.

“Ia termasuk ke atas haiwan sehinggalah ke fasa tiga kajian klinikal yang dilakukan ke atas ramai manusia dan pesakit. Proses ini akan dapat menilai tahap keselamatan dan keberkesanan produk dengan lebih tepat, bukan sahaja kepada pesakit, malah kepada bayi dalam kandungan.

“Kajian klinikal dilakukan terhadap ubat-ubatan moden dalam kategori ubatterkawal seperti untuk penyakit darah tinggi dan diebetes. “Ia dapat menentukan kaedah pemberian ubat, dos selamat dan jangka masa ubat perlu diambil pesakit,” katanya. – BH Online

Tags: beracunsuplemen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Danyal Balagopal Umum Letak Jawatan Ahli Parlimen Port Dickson

Next Post

Kelantan Akui Beli Kereta Mercedes Benz

Related Posts

Nafi Manipulasi Aaisyah Untuk Lariskan Produk

06/05/2018
0

TINDAKAN pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan yang tampil dengan produk makanan tambahan untuk kanak-kanak menyebabkan timbul dakwaan dari...

Akibat Suplemen Berlebihan, Ginjal Aktor Ini Rosak

29/04/2018
0

BAHANA pengambilan supplement secara berlebihan, seorang pelakon lelaki terpaksa menanggung sakit apabila kedua-dua belah buah pinggangnya rosak dan tak mampu...

Next Post

Kelantan Akui Beli Kereta Mercedes Benz

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd