• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultanah Terengganu Saman Sarawak Report

oleh
29/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Sultanah Terengganu bertindak memfailkan saman terhadap Clare Rewcastle-Brown ekoran kenyataan berbaur firnah dalam buku skandal 1MDB oleh editor portal Sarawak Report itu.

Kenyataan media daripada peguamnya berkata bahawa saman oleh Sultanah Nur Zahirah itu berhubung dengan dakwaan-dakwaan yang terkandung dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose.

“Tindakan ini melibatkan tuduhan konspirasi kononnya Sultanah Nur Zahirah dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan penglibatan dalam pentadbiran kerajaan mengenai hal ehwal 1MDB,” kata kenyataan itu.

Sultanah berkenaan sebelum ini menafikan pernah terbabit dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri tersebut, termasuk penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang menjadi pelopor kepada kewujudan 1MDB.

Rewcastle-Brown dalam bukunya itu mendakwa konon Jho Low sebagai ‘baik’ dengan Sultanah Nur Zahirah, isteri Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan juga bekas Yang di-Pertuan Agong XIII dari 2006 hingga 2011.

Editor wanita Inggeris tersebut berkata persetujuan tanpa kata-kata daripada Sultanah Terengganu diperlukan bagi menubuhkan TIA dan menambah Jho Low ada berkata “sokongannya penting untuk dapat jawatan penasihat”.

Dewan Pangkuan Diraja Terengganu pada 14 September lalu berkata dakwaan terkandung dalam buku tersebut sebagai amat tidak bertanggungjawab dan menggesa Rewcastle-Brown agar segera memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun Rewcastle-Brown yang menyedarinya dirinya ‘kantoi’ mereka fitnah itu ketika memberitahu portal berita FMT pula cuba berdolak-dalik dengan mengatakan bahawa Sultanah Terengganu mungkin tersalah faham.

“Apa yang saya katakan adalah Jho berbangga dengan hubungan sosial dirinya termasuk bersama-sama Sultanah Terengganu apabila membolehkan dia dapat masuk dalam lingkungan suaminya yang terlibat dalam hal ehwal TIA.

“Dia berbangga hubungan sosialnya menyebabkan dia diambil sebagai penasihat. Ini adalah isu yang berlainan,” dalih Rewcastle-Brown seolah-olah mahu alih perhatian dengan beri jawapan berdasarkan pada andaian sendiri.

Bukunya yang dilancarkan pada 8 September itu menceritakan perihal siasatan skandal 1MDB, tetapi kandungan lebih kepada dakwaan ‘dengar cakap’ daripada pelbagai sumber boleh diragui kesahihannya. – Mynewshub.TV

Tags: Jho LowSarawak ReportSultanah Nur ZahirahSultanah TerengganuTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd