• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Tembak Isteri Sebelum Bunuh Diri Di Sungai Golok

oleh
11/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI GOLOK – Seorang pegawai polis menembak mati isterinya sebelum bertindak membunuh diri sendiri di hadapan anak perempuan mereka berusia tujuh tahun dalam sebuah kereta di Sungai Golok di Wilayah Narathiwat, selatan Thailand.

Menurut polis, kejadian pada 5.50 petang semalam (waktu tempatan) itu dipercayai berpunca daripada masalah keluarga.

“Kanak-kanak tersebut yang masih berpakaian sekolah ditemui di tempat duduk belakang kereta berkenaan dalam keadaan ketakutan dan menangis,” kata Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Prayuth Ponsanti kepada pemberita.

Pegawai polis terbabit dikenali sebagai Kapt Boonyawat Trakulprom, 28, bertugas di Mahkamah Narathiwat manakala isterinya pula dikenali Nattanan Trakulprom, 30, ialah seorang guru.

Nattanan masih memakai pakaian seragam guru ketika mayatnya yang berlumuran darah ditemui dalam kereta itu.

Mayat Nattanan ditemui di tempat duduk penumpang manakala mayat suaminya di tempat duduk pemandu.

Prayuth berkata anak perempuan pasangan itu memberitahu polis, ibu bapanya bertengkar dalam kereta sebelum bapanya mengeluarkan pistol dan menembak ibunya sebelum menembak dirinya sendiri.

Menurutnya kelongsong peluru yang ditemui dalam kereta terbabit adalah daripada pistol Boonyawat. – BERNAMA

Tags: bunuh dirikes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd