• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Struktur SST Lebih Baik Untuk Ekosistem Automotif

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baharu lebih baik bagi ekosistem automotif, kata Persatuan Pengedar Perodua (PDA) dan Kelab Vendor Perodua (KVP).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Presiden KVP, Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee berkata, beliau berharap kerajaan akan terus melibatkan pihak berkepentingan dalam ekosistem automotif Malaysia, daripada vendor auto dan pengilang peralatan tulen kepada peniaga, mengenai dasar masa depan.

Persatuan terbabit menyambut baik struktur cukai baharu, yang hanya digunakan sekali pada permulaan rantaian nilai perniagaan dan membantu mengurangkan harga kenderaan Perodua.

Presiden PDA, Khairul Nizam Ayob berkata, penurunan harga akan membantu menjadikan industri tersebut lebih menarik dan berdaya saing.

Pada 3 September, Perodua mengumumkan bahawa harga kenderaannya akan dikurangkan antara satu hingga tiga peratus untuk sebahagian besar modelnya berbanding harga di bawah era GST.

Menurut data dari Persatuan Automotif Malaysia, Perodua menjual 140,900 unit antara Januari dan Julai 2018, iaitu 18.8 peratus lebih tinggi daripada 118,600 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas. – BERNAMA

Tags: automotifSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd