• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seteru Dengan Dr Mahathir Sejarah Paling Sengit

oleh
01/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perseteruan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah tercetus sebelum ini sebagai yang paling sengit dalam sejarah negara.

Namun katanya, takdir menemukan mereka semula dengan satu hasrat iaitu untuk menyelamatkan negara daripada keruntuhan.

“Sejarah menunjukkan perseteruan saya dengan Tun Mahathir paling sengit tetapi Allah takdirkan kita muafakat semula untuk kepentingan negara.

“Saya bersyukur walaupun deritanya lama. Kalau saya nyanyi di penjara semua lagu-lagu derita… lagu kegemaran termasuk ‘Release Me’,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan penutupan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengimbau tarikh 2 September 1998 yang mana esok genap 20 tahun beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, Anwar berkata beliau belum membuat keputusan mengenai kerusi Parlimen yang akan ditandingi beliau dalam pilihan raya kecil (PRK).

Namun, beliau dijangka melakukan kemunculan semula sebelum sidang Parlimen pada Oktober ini.

“Saya dah bagi tahu Perdana Menteri saya nak tumpu urusan pembaharuan Parlimen… jadi harapnya sebelum sidang Parlimen Oktober ini… mungkin sebelum Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) bentang RMK agaknya,” katanya, sambil menambah ada empat kawasan cadangan yang akan dipertimbangkan.

Mengulas tindakan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang membantah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu rundingan damai selatan Thailand, Anwar berkata beliau bebas menyuarakan pendapat.

“Dia muda masa tu dan kesan ayahnya dipukul setengah mati masa tu tentu beri kesan. Ia tak mudah. Ada orang kata ini soal personal tetapi tidak, ini bukan soal personal.

“Kalau anak anda dipukul setengah mati boleh anda jawab soal personal?” katanya.

Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut menyifatkan Rahim sebagai seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan penutupan kongres itu, Anwar mengingatkan jemaah menteri untuk tidak mengulangi penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan terdahulu.

Katanya, sekarang adalah giliran pembangkang untuk memantau segala tindakan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan.

“Jika serangan pembangkang itu tepat dan ada kecuaian menteri, saya akan turut serta dengan pembangkang untuk menyerang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu SST Untuk Kad Prabayar Dalam Perhatian KKMM

Next Post

Captain Jack Sparrow Adalah Melayu Islam?

Related Posts

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

31/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka...

Next Post

Captain Jack Sparrow Adalah Melayu Islam?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd