• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serena, Naomi Rentap Final Terbuka AS

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Juara enam kali, Serena Williams menyingkirkan Anastasija Sevastova hari ini untuk melangkah ke final kesembilannya pada Terbuka Amerika Syarikat menentang pemain yang mencetus kejutan besar dari Jepun, Naomi Osaka.

Serena, pilihan ke-17 yang berada di landasan baik untuk merangkul gelaran Grand Slam ke-23 dan kali pertama sejak melahirkan anak perempuannya, Olympia tahun lalu, hanya memerlukan 66 minit sebelum menewaskan pilihan ke-19, Anastasija 6-3, 6-0.

Naomi, yang diletakkan pilihan ke-20, muncul pemain wanita pertama Jepun mara ke final Grand Slam susulan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas pemain AS, Madison Keys yang juga naib juara tahun lalu.

Serena menyifatkan kejayaan ke final sebagai ‘menakjubkan’ selepas dia turut terpaksa menjalani pembedahan membuang darah beku yang mengancam nyawanya selepas melahirkan anak tahun lalu.

“Untuk melaluinya, di atas katil hospital, tidak mampu untuk bergerak dan berjalan atau melakukan apa-apa, kini hanya setahun kemudian, saya tidak berlatih, tapi saya akhirnya berada di final ini, untuk kali kedua berturut-turut,” kata Serena yang turut mara ke final Wimbledon.

“Untuk berada sejauh ini dengan amat pantas… saya benar-benar tidak sabar untuk menantikan sebarang kemungkinan.”

Dalam dua edisi Terbuka AS, 2015 dan 2016, Serena tewas di separuh akhir tetapi gelaran keenam di New York tahun lalu menyaksikannya kini hanya memerlukan satu gelaran untuk mengatasi rekod Chris Evert.

Malah, dia hanya memerlukan satu gelaran Grand Slam untuk menyamai rekod yang dipegang oleh legenda Australia, Margaret Court iaitu 24 kejuaraan.

Naomi, 20, yang layak ke separuh akhir Grand Slam buat kali pertama dalam kariernya mengakui semangatnya didorong oleh pertembungan ‘impian’ dengan Serena.

Ketika ditanya bagaimana dia berjaya menyelamatkan 13 mata ‘break’ bertemu Madison, Naomi berkata: “Saya hanya berfikir yang saya benar-benar mahu bermain menentang Serena.

“Saya lega dapat melepasi perlawanan ini,” kata Naomi yang memenangi pertemuan tunggal menentang Serena di Miami Mac lalu. – AFP

Tags: Grand SlamSerena Williams
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukar Tetapkan Gaji Minimum – Mahathir

Next Post

Melaka Bakal Buka Laluan Perjalanan Udara Ke Sabah

Related Posts

Serena, Nadal, Murray ‘Hangat’ Terbuka Australia

05/12/2018
0

MELBOURNE - Serena Williams akan kembali beraksi di Terbuka Australia buat kali pertama sejak memenangi saingan itu pada 2017 ketika...

Serena Mahu Lupakan Kontroversi

24/09/2018
0

SYDNEY - Serena Williams berkata, dia mahu melupakan kontroversi tewas di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tetapi kekal menyatakan jurulatihnya tidak...

Next Post

Melaka Bakal Buka Laluan Perjalanan Udara Ke Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd