• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Barangan Berkaitan SST Akan Disemak Sehingga Akhir Tahun

oleh
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Senarai barangan pada Panduan Mengenai Kadar Cukai Jualan Untuk Pelbagai Barangan bagi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan disemak dan dipinda sehingga hujung tahun ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ini kerana senarai barangan tersebut adalah bersifat dinamik dan organik yang mana kajian berterusan akan dilakukan bagi menentukan impak kepada kutipan hasil kerajaan dan kesejahteraan rakyat.

“Buat masa ini senarai tersebut kita gunakan sebagai asas rujukan, namun kita boleh membuat pindaan mengikut keadaan,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan SST di sini, hari ini.

“Ini supaya ada barangan yang kita rasa cukainya 10 peratus boleh dikurangkan kepada lima peratus atau daripada 10 atau lima peratus boleh kecualikan sama sekali…ini kita boleh pertimbangkan,” katanya.

Ditanya adakah semakan semula senarai barangan untuk kutipan SST akan menjejaskan sasaran kutipan hasil negara, Guan Eng berkata, itu merupakan satu cabaran kepada kerajaan.

“Tetapi pada saya, ia tidak akan memberi kesan dan impak yang besar, sebab itu kita perlukan masa untuk lihat implikasinya, namun yang penting kita mahu rakyat masih mampu menikmati juadah yang mereka gemari selama ini dan tidak dihimpit oleh cukai ini,” katanya.

Ditanya apakah pandangan beliau mengenai harga barangan susulan pelaksanaan SST yang memasuki hari ketiga, Guang Eng menjawab: “Kalau boleh saya mahu harga lagi rendah tapi kita akan terus berusaha”.

“Tapi yang penting adalah sekiranya ada kenaikan, saya bukan seperti kerajaan dulu yang cakap bahawa harga pasti akan turun, tetapi sekiranya ada kenaikan impak dan kesannya adalah kurang daripada separuh berbanding pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya.

Ditanya adakah peniaga berhak menyaman kerajaan susulan isu tuntutan bayaran balik GST, menteri itu menjawab: “Perkara itu boleh ditanyakan kepada pihak peguam dan itu hak kamu (peniaga)”.

“Tapi saya hairan kenapa sejak 2015 sehingga Mei 2018 anda tidak pernah saman kerajaan. Kenapa hanya sekarang anda mahu saman kerajaan ? Adakah kerana anda lihat kerajaan sekarang sangat mesra dan boleh didekati jadi anda boleh saman?,” katanya.

“Kalau peniaga boleh menunggu sejak dua tahun lalu, takkan tidak boleh tunggu lagi tiga bulan (tuntutan bayaran balik GST),” katanya.

Guan Eng sebelum ini memaklumkan bahawa tuntutan bayaran balik GST yang tidak dibayar kerajaan Barisan Nasional sejak 2015 akan dilunaskan kerajaan mulai tahun depan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Perairan Selangor, NS, Melaka

Next Post

Najib Cabar Tubuh RCI Siasat ‘Kehilangan’ RM16 Bilion

Related Posts

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Bilion Pada 2025 – Amir Hamzah

Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Bilion Pada 2025 – Amir Hamzah

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Mei, 2025, dianggar menjana hasil sebanyak...

Next Post

Najib Cabar Tubuh RCI Siasat ‘Kehilangan’ RM16 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd