• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas UMNO, PAS Kini Bersama MCA?

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Penampilan pertama kali PAS membantu kempen MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong semalam, membuka lembaran baharu politik negara.

Kedua-dua parti itu, yang sebelum ini sering dilaporkan tidak sehaluan dan saling mengkritik satu sama lain, kini dilihat mula menjalin bibit kerjasama.

Mengulas penampilan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin pada kempen malam semalam, Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk PAS.

MCA, jelasnya, mengalu-alukan kerjasama dengan parti lain untuk membentuk satu blok pembangkang yang kuat dalam memastikan ‘semak dan imbang’ terhadap kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Pembangkang yang kuat perlu main peranan semak dan imbang. Atas prinsip ini kita alu-alukan semua parti dan individu untuk bersama dengan kita untuk memberi sokongan dan bantuan,” katanya kepada sidang media hari ini.

Turut hadir calon MCA Tan Chee Teong yang akan berhadapan dengan calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki pada PRK Dun Balakong Sabtu ini.

Mengulas lanjut, Chew berkata keterbukaan MCA dalan kerjasama politik itu juga tidak terhad hanya bagi tempoh pilihan raya sahaja.

“Sebagai ahli politik, apa yang mereka perlu dilakukan adalah untuk kebajikan dan pembangunan negara, oleh itu ikutlah isu.

“Dan itu apa yang kita pegang dan atas nilai-nilai murni yang universal inilah kita boleh bekerjasama dengan semua parti, walaupun terdapat perbezaan dalam isu tertentu,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata beliau telah berjumpa hampir 95 peratus pengundi dan akan terus menggandakan usahanya untuk bertemu keseluruhan pengundi sebelum tempoh berkempen tamat.

PRK DUN Balakong akan diadakan serentak dengan PRK DUN Seri Setia Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: MCAPASPRK Balakong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd