• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebatan Di Terengganu, Tapi Sakitnya Seluruh Negara

oleh
14/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pas melihat hukuman sebatan yang dilaksanakan di Terengganu itu mencapai objektif apabila sakitnya terasa ke seluruh negara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya dukacita atas kenyataan dikeluarkan kerajaan berhubung hukuman tersebut.

“Kerajaan mestilah menyokong segala usaha bersifat pencegahan, bukan hanya menghukum pesalah sebab sebatan syariah tidak melukakan kulit, tidak mencederakan.

“Ada yang kata mengaibkan. Kita semua tak tahu siapa dua orang tersebut, kita tak kisah pun siapa dia dan kita tak ambil peduli siapa dia jadi tak timbul soal mengaibkan dia.

“Tapi yang penting, hukuman tersebut mempunyai nilai syariah ketakutan masyarakat. Dirotan di Terengganu, sakitnya di seluruh negara. Inilah hebatnya hukum ALLAH SWT,” katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-59, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut melahirkan kebimbangan apabila melihat sebahagian umat Islam tidak mengambil kisah soal jemaah yang diwakili.

“Sedikit kebimbangan secara peribadi saya melihat apabila munculnya dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam yang tidak kisah jemaah apa yang mereka wakili? Wadah apa yang mereka perjuangkan?

“Tidak merasa berdosa melawan hukum ALLAH. Tidak merasa bersalah menentang peraturan ALLAH. Mengkritik sembrono seolah-olah lebih bijak daripada ALLAH yang menurunkan peraturan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, ukuran kejayaan bagi Pas sebenarnya bukan berdasarkan bilangan kerusi di menangi dalam pilihan raya mahupun jumlah negeri yang diperintah.

“Tapi ukuran kita sejauh mana masyarakat kembali kepada Islam. Sejauh mana masyarakat mentaati Islam, mencabut ketakutan kepada Islam iaitu Islamphobia yang ditanamkan musuh-musuh Islam,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Hukuman Sebat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Sita Aset UMNO Hingga Mei 2019

Next Post

Polis Malaysia Tingkat Usaha Kesan Penculik Dan Mangsa

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

24/12/2023
0

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat semakin sukar dibendung walaupun kerajaan berusaha melaksanakan...

Next Post

Polis Malaysia Tingkat Usaha Kesan Penculik Dan Mangsa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd