• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebat Dalam Islam Berbentuk Pengajaran – Mohd Amar

oleh
04/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebatan dalam Islam berbentuk pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdulllah.

Mohd Amar, yang juga Naib Presiden PAS berkata selain pengajaran, ia juga bertindak mencegah sebarang kes berkaitan jenayah syariah daripada terus dilakukan masyarakat.

“Tujuan hukuman dalam Islam ialah untuk mencegah sebab kalau kita buat di hadapan orang (ramai) akan timbul perasaan malu orang yang melakukan dan orang lain takut untuk buat, sebab itu galak dibuat di khalayak ramai. Macam di Acheh, Indonesia (hukuman) dijalankan di hadapan masjid.

“(Sebat dalam Islam) bukan untuk mencederakan dia (pesalah) tetapi lebih kepada pengajaran… macam kita pukul anak bukan mahu mencacatkan dia tetapi (sebagai) pengajaran. (Tapi) konsep ini orang tidak faham,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes sebatan sebanyak enam kali yang dijalankan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu semalam terhadap dua wanita berusia 32 dan 22 tahun yang cuba melakukan kesalahan hubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun sebelum ditangkap pihak berkuasa negeri berkenaan pada 8 April lepas.

Selain itu, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda. Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah. – BERNAMA

Tags: Hukuman Sebat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahan Kesakitan Tangan Tersepit Mesin Pemotong Daging

Next Post

90% Jangkitan HIV/AIDS Akibat Seks Tidak Selamat

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

24/12/2023
0

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat semakin sukar dibendung walaupun kerajaan berusaha melaksanakan...

Next Post

90% Jangkitan HIV/AIDS Akibat Seks Tidak Selamat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd