• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Sudah ‘Move On’ – Zuraida

oleh Ahmad Albab
14/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menganggap segala isu yang membabitkan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson sudah terjawab.

Sehubungan itu beliau mahu menumpukan kepada usaha untuk membantu kerusi itu kekal milik parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), berkata selaku seorang yang setia kepada parti, beliau mahu terus berjuang.

“Saya seorang yang setia dengan parti, oleh itu saya sudah ‘move on’, saya tidak mahu lagi melihat ke belakang, saya mahu bergerak ke depan.

“Apa yang sudah berlaku, biarkan ia berlalu, dan saya harap ia tidak akan berulang, pendirian saya kekal sama, saya seorang yang profesional dan semua perkara perlu mengikut proses,” katanya.

Zuraida berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menziarahi keluarga kanak-kanak perempuan tiga tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 17 di Blok A, PPR Kota Damansara, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin UMNO yang sedia membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zuraida berkata itu terpulang kepada mereka.

“Kalau mahu tolong, tolonglah, kalau mereka sukarela, saya pun sukarela, di dalam politik kita tidak tahu apa ketentuannya.

“Saya akan tunggu tarikh pilihan raya, sebagai ahli parti saya akan terus berjuang untuk parti,” katanya.

Rabu lalu, Zuraida menyelar keputusan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson didakwa ‘didalangi’ sesetengah pemimpin parti itu yang dibuat tidak mengikut saluran betul.

Beliau dilaporkan berkata tindakan itu dilabelnya sebagai dangkal kerana tidak dibuat secara bersama.

Katanya, tindakan yang menyisihkan suara pemimpin lain dalam PKR cuma melambangkan sistem dalam PKR tidak demokratik dan dimanipulasi kumpulan tertentu.

PRK Port Dickson bakal diadakan berikutan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar yang juga Ketua Umum PKR untuk bertanding, sekali gus membuka laluan untuk pemimpin itu diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan. – BH ONLINE

Tags: PRK Port DicksonZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd