• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Selalu Berdoa Dia Dijauhi Perkara Negatif – Suliza Salam

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu penyanyi remaja, Ismail Izzani, Datin Suliza Salam sentiasa berdoa anak bongsunya itu dijauhi perkara negatif yang boleh merosakkan nama baik dan mengambil pengajaran daripada kontroversi dilalui.

Suliza yang juga penyanyi popular era 1980-an berkata, Ismail sudah menghubunginya untuk menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf atas perbuatannya itu.

“Dia ada menghubungi saya untuk meminta maaf, tetapi saya tidak bercakap banyak. Rasanya lebih baik kami bertemu dan bersemuka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Ketika isu foto itu hangat diperkatakan, saya berada di Jakarta, Indonesia dan hanya pulang ke tanah air hari ini,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Penyanyi yang popular dengan lagu Luar Biasa itu sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar mesranya bersama pelakon, Zarina Ann Joulie dipercayai di sebuah pusat hiburan, tersebar baru-baru ini.

Difahamkan, foto itu dimuat naik pelakon kontroversi, Fathia Latiff di laman Instagram, beberapa hari lalu namun dipadamkan tidak lama selepas itu.

Menurut Suliza, anak lelaki bongsunya itu kerap menghubunginya untuk berkongsi apa sahaja masalah dan dia enggan menyalahkan sesiapa dalam isu itu.

“Biarlah kita bersangka baik dengan semua orang. Bagi saya, Ismail anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Bukan mudah apabila menjadi artis yang dikenali ramai kerana saya pernah melaluinya. Banyak perkara yang perlu dikorbankan. Saya selalu berdoa memohon dia dijauhi perkara negatif dan selalu ingat Allah,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan Ismail gagal, namun difahamkan penyanyi itu berada di Kemaman, Terengganu menjayakan sebuah acara di sana.

Pengurusan Ismail, World Peace Entertainment bagaimanapun, memaklumkan penyanyi yang bakal muncul dengan lagu Bidadari itu sudah membuat permohonan maaf dan kesal atas apa yang berlaku. – BH ONLINE

Tags: ismail izzanikontroversi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Penerbit Mohon Maaf Isu Hina Jata Negara

30/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd