• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sajian Percuma Untuk Pelajar IPT Tidak Mampu

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengalaman terpaksa mengikat perut semasa belajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Johor tujuh tahun lalu mendorong pengusaha kedai makan di sini menyajikan sajian percuma kepada pelajar IPT yang menghadapi masalah kewangan.

Aifa Azman, 25, pemilik ‘Drastix Cafe’ di Kondominium Kristal, Seksyen 7, di sini menyediakan ‘nasi bujang’ yang terdiri daripada nasi bersama sup kosong, telur dadar dan sambal belacan.

“Saya turut selang-seli dengan masakan istimewa seperti ayam masak sambal pada hari tertentu,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, restorannya dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan dari hari Isnin hingga Jumaat.

“Pelajar IPT bolehlah datang pada waktu itu untuk mendapat makanan percuma, ” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, beliau menggunakan wang simpanannya untuk menyediakan sajian percuma dengan niat sedekah pahala buat ibunya yang meninggal dunia pada 2014.

Selain ‘nasi bujang’, masakan istimewa seperti ayam masak sambal turut disediakan pada hari-hari tertentu. – Foto Bernama

Walaupun masih baharu, beliau berharap para pelajar IPT yang terpaksa mengikat perut kerana menghadapi masalah kewangan untuk datang ke cafenya.

Aifa juga menerima sumbangan orang ramai yang ingin bersedekah bagi tujuan membantu pelajar yang memerlukan.

Beliau berharap pemberian makanan percuma itu dapat dijadikan aktiviti berpanjangan dan bukan sekadar untuk sementara waktu. – BERNAMA

Tags: makananPelajar IPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

17/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institusi pengajian tinggi...

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd