• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Beri Keterangan Hampir 13 Jam

oleh
27/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Rosmah yang menaiki kereta Proton Perdana warna hitam tiba pada jam 9.50 pagi tadi dan kelihatan beredar pada jam 10.40 malam setelah selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau kelihatan tenang ketika diserbu puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.

“I‘m ok. Alhamdullilah,” katanya sambil senyum kepada media.

Difahamkan SPRM membenarkan Rosmah berhenti memberi keterangan pada 6.30 petang tadi dan sambung memberi keterangan esok.

Namun, beliau memilih untuk sambung memberi keterangan.

Turut kelihatan di perkarangan Ibu Pejabat SPRM adalah peguam kepada Rosmah, Datuk K. Kumaraendran.

“Rosmah telah selesai memberi keterangan dan tidak perlu hadir ke SPRM esok,” kata Kumaraendran.

Ini merupakan kali kedua Rosmah hadir di sini untuk memberi keterangan kepada SPRM dengan kali pertama pada 5 Jun lalu di mana beliau disoal siasat selama lima jam berhubung siasatan terhadap syarikat subsidiari, 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Semalam, pegawai SPRM telah pergi ke rumah Rosmah di Taman Duta, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, bagi memberi notis perintah hadir kepada Rosmah untuk diambil keterangan kes itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Pada Khamis lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Oprasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat. — BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR – “Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada ALLAH, yang dimakbulkan melalui doa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd