• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rokok Seludup Bernilai RM115,425 Dirampas

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok pelbagai jenama dalam serbuan di sebuah stor penyimpanan di Jalan Stakan di sini hari ini.

Menerusi Op Libas kira-kira pukul 10 pagi itu, sepasukan anggota PGA bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 65 tahun.

Komander Briged PGA Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin berkata, hasil serbuan menemukan 71 kotak mengandungi 5,320 karton rokok disimpan dalam stor berkenaan.

Katanya, sebelum serbuan dilakukan, sepasukan anggota risikan telah menahan dua lelaki menaiki sebuah van membawa muatan 20 kotak minuman keras.

“Susulan penahanan tersebut, anggota saya memperoleh maklumat yang membawa kepada serbuan di stor penyimpanan berkenaan.

“Dua lelaki yang ditahan telah gagal menunjukkan dokumen percukaian sah terhadap minuman keras yang dibawa.

“Nilai rampasan keseluruhan rokok dan minuman keras sebelum cukai dianggarkan sebanyak RM115,425,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PGA Sarawak di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Kok Chin memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua rokok tersebut dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Jelas beliau, ketiga-tiga suspek yang juga merupakan lelaki tempatan telah ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda 10 kali ganda daripada nilai duti atau cukai dan tidak melebihi 20 kali ganda daripada nilai duti atau cukai terbabit atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: PGA SarawakRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

08/02/2023
0

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd