• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini, susut daripada kenaikan semalam apabila sentimen negatif dolar AS menjejaskan minat terhadap mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan itu berada pada 4.1300/1340 berbanding 4.1270/1310 yang dicatatkan pada 6 petang semalam.

Beliau juga berkata meskipun peningkatan harga minyak, dengan penanda aras minyak mentah Brent melonjak ke paras tertingginya dalam tempoh empat tahun pada malam tadi, minat terhadap ringgit menyusut berikutan kebimbangan akan peningkatan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China ditambah dengan keadaan politik yang tidak menentu di AS.

Pada Isnin, AS dan China mengenakan satu lagi tarif baharu ke atas barangan masing-masing apabila kedua-dua ekonomi besar dunia itu nampaknya tidak berganjak daripada pertelingkahan perdagangan yang berlaku ketika ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0245/0279 daripada 3.0246/0279 pada Isnin, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6571/6616 daripada 3.6632/6678 dan menokok berbanding euro kepada 4.8532/8583 daripada 4.8575/8626.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.4157/4226 daripada 5.4146/4215. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd