• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan perkembangan luaran yang negatif.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.1440/1470 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata, kelemahan ringgit disebabkan oleh impak laporan mengenai rancangan AS untuk mengenakan tarif baharu terhadap import China bernilai kira-kira US$200 bilion yang hanya memburukkan lagi pertikaian dagangan di antara kedua-dua kuasa besar ekonomi itu.

“Kenaikan kadar faedah AS turut memberi kebimbangan terutamanya jika pendirian pihak Rizab Persekutuan AS yang cenderung ke arah itu berbanding sentimen sebaliknya oleh Bank Negara Malaysia, menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0160/0200 daripada 3.0208/0241 pada Jumaat namun rendah berbanding yen kepada 3.7063/7100 daripada 3.6997/7037.

Ringgit merosot berbanding euro kepada 5.4473/4525 daripada 5.4282/4338 dan turun berbanding pound Britain kepada 4.8394/8441 daripada 4.8390/8446. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd