• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rebah & Pendarahan Otak… Mulanya Sangka Suami Gurau”

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman terkejut apabila suaminya iaitu Abdul Razak Husin tiba-tiba rebah di majlis ramah mesra aktor tersebut bersama peminat di sebuah pusat hiburan keluarga, di Petaling Jaya pada Rabu.

Menurut Rohaya, 55, dia menyangkakan itu hanya gurauan memandangkan suaminya itu merupakan seorang yang gemar berjenaka.

“Masa dia terduduk itu kami ingat dia bergurau sahaja kerana dia memang suka mengusik dan buat lawak.

“Rupa-rupanya memang betul-betul dia pengsan dan kami sangat terkejut kerana dia sihat sepanjang perjalanan ke sana,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Abdul Razak rebah selepas menyanyikan satu lagu di majlis ramah mesra Syafiq Kyle bersama peminat.

Sementara itu, Rohaya berkata suaminya itu tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda-tanda sakit sebelum ini.

Bagaimanapun, lelaki berusia 55 tahun itu pernah mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, namun bukanlah di tahap membimbangkan.

“Ketika kami tiba di majlis tersebut, dia ceria sahaja dan tak ada masalah. Selalunya kalau dia sakit atau tak sihat dia akan beritahu.

“Sekarang ini dia separa sedar dan masih mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya, tak pasti lagi bila akan dibenarkan keluar.

“Doktor maklumkan ada berlaku pendarahan pada bahagian otak tetapi kaedah rawatan tidak membabitkan pembedahan,” katanya.

Dalam pada itu, Rohaya turut berterima kasih kepada semua tetamu yang menghulurkan bantuan ketika berada di lokasi kejadian.

Dia mengharapkan orang ramai dapat mendoakan kesihatan suaminya itu agar akan segera pulih seperti sediakala.

“Terima kasih kepada semua peminat Syafiq yang membantu dan saya mohon semua mendoakan kesihatan suami dan semoga dia cepat pulih.

“Syafiq pun akan berada di hospital hari ini meskipun dia sibuk dengan jadual penggambaran,” ujarnya. – mStar Online

Tags: BapaSyafiq Kyle
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd