• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayna Hoh Cetus Fenomena Baharu Gimnastik Berirama

oleh
13/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Selepas empat edisi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma), gimnas Rayna Hoh Kai Ling dari Wilayah Persekutuan kembali mencetus fenomena dalam sukan gimnastik berirama apabila muncul atlet paling cemerlang dengan membolot lima pingat emas yang dipertandingkan dalam acara itu.

Kali terakhir menerusi Brenda Yap daripada kontinjen yang sama apabila menyapu bersih enam pingat emas dalam acara gimnastik berirama pada 2008 di Sukma Terengganu.

Pada edisi ke-19 kali ini, tuan rumah Perak tidak mempertandingkan acara keseluruhan individu seperti di Terengganu.

Kejayaan Rayna Hoh itu sekali gus membantu kontinjen Wilayah Persekutuan berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan koleksi tujuh pingat emas selepas hari ketiga berlangsungnya temasya sukan tersebut hari ini.

Kontinjen Wilayah Persekutuan turut mengumpul empat pingat perak dan sembilan gangsa.

Terengganu kekal mendahului carta kedudukan pingat dengan kutipan lapan emas, tujuh perak dan enam gangsa manakala Pulau Pinang di tangga kedua dengan tujuh emas, enam perak dan lima gangsa.

Melaka berada di tempat ketiga dengan pungutan tujuh pingat emas yang disumbangkan atlet wushu, lima perak dan empat gangsa.

Selain gimnastik berirama, wushu menutup tirai hari ini dengan menyaksikan Melaka mendominasi sukan itu dengan tujuh pingat emas; Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing meraih empat emas manakala Pulau Pinang mengutip tiga emas.

Di Arena Batu Kurau, skuad berbasikal Johor memecah dominasi Terengganu dengan menamatkan penantian 16 tahun untuk merangkul pingat emas acara berbasikal menerusi Mohamad Saari Amri Abd Rasim dalam kategori 140km lepas beramai-ramai lelaki.

Acara pentanque yang membuka tirai hari ini menyaksikan atlet tuan rumah meraih pingat emas dalam acara ‘shooting’ wanita menerusi Nurul Balqis Fuzian manakala Perlis mendapat pingat emas dalam acara ‘shooting’ lelaki yang disumbangkan Muhammad Afif Aiman Yusri.

Dalam pada itu, kontinjen yang bertanding pada temasya sukan itu dikejutkan dengan berita kematian penolong pengurus pasukan sepak takraw Johor, Ahmad Huzaimy Mohamad di penginapannya awal pagi tadi.

Pemburuan pingat emas diteruskan dengan menawarkan 11 pingat emas, menyaksikan acara angkat berat akan membuka tirai esok dengan empat pingat emas; tenpin boling (dua pingat); judo (dua pingat); berbasikal kategori 80km lebuh raya wanita (satu pingat) dan badminton (dua pingat). – BERNAMA

Tags: SUKMA 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Kekal Rekod Bersih Ujian Doping Sukma Perak

03/10/2018
0

JOHOR BAHRU - Johor mengekalkan rekod bersih apabila kesemua atlet yang mewakili negeri pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak,...

Perak Lakar Kejuaraan Hatrik Bola Sepak SUKMA

19/09/2018
0

IPOH - Perak melakar kejuaraan hatrik acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Kedah 2-1 pada perlawanan akhir temasya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd