• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Bekas Sarjan Polis Dipenjara Sehari, Denda RM10K

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas polis berpangkat sarjan dihukum penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memperoleh rasuah RM1,500 sebagai dorongan untuk seorang individu tidak dituduh di mahkamah atas kesalahan dadah, tiga tahun lepas.

Hakim Azman Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Misnan Saari, 57, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes dan mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Misnan yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 36 tahun itu membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai sarjan polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju didakwa telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM1,500 daripada Muhammad Shah Radhi Hazvee sebagai dorongan untuk tidak menyebabkan lelaki itu dituduh di mahkamah atas kesalahan dadah.

Misnan yang baru setahun bersara sebagai anggota polis didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Shell, Jalan Ipoh di sini antara 2.50 petang dan 3 petang, 30 Sept 2015.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa dari SPRM, Afiqah Ab Razak manakala Misnan diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan. – BERNAMA

Tags: rasuahSarjan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd