• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz Perlu Daftar Dengan DBKL, JAWI

oleh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada pusat tahfiz yang beroperasi di sekitar ibu negara untuk mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata langkah mewajibkan semua pusat tahfiz didaftarkan adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik.

“Laporan sesetengah media yang pusat-pusat tahfiz di Kuala Lumpur tidak berdaftar akan segera ditutup adalah tidak tepat dan salah lapor.

Dalam usaha pendaftaran ini, Kementerian Wilayah akan bekerjasama dengan Jawi untuk mendaftarkan semua pusat tahfiz ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khalid berkata, DBKL dengan kerjasama Bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memeriksa keadaan fizikal pusat-pusat tahfiz untuk memenuhi keperluan minimum dari segi keselamatan dan keselesaan, manakala Jawi pula melihat aspek kurikulum dan pembelajaran pelajar.

Katanya, kementerian akan mempertimbangkan sokongan yang sewajarnya bagi membantu pusat-pusat tahfiz yang gagal memenuhi keperluan keselamatan dan keselesaan sebelum didaftarkan bagi kebaikan pelajar.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata pusat tahfiz di Kepong yang pengetuanya didakwa terbabit dalam kes meliwat sembilan pelajarnya tidak mendapat kelulusan Jawi kerana gagal mengemukakan laporan Bomba dan DBKL. – BERNAMA

Tags: Khalid Abdul Samadpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

18/08/2022
0

LIPIS : Lima lelaki masing-masing dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd