• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulangkan Kerusi Jika Ingin Keluar Parti

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua ketiga-tiga sayap UMNO hari ini senada mendesak supaya mana-mana wakil rakyat parti itu yang ingin keluar parti dikenakan tindakan tegas, selain perlu memulangkan semula kerusi yang telah dimenangi.

Bagi mereka, wakil rakyat tersebut bertanding atas nama parti dan memanfaatkan jentera selain menggunakan wang parti itu tetapi telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.

Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad berkata walaupun tindakan wakil rakyat lompat parti bukanlah satu kesalahan dari segi undang-undang sivil, namun ia telah melanggar kontrak sosial.

“Wanita menggesa agar parti memastikan satu reformasi terpimpin terhadap Perlembagaan UMNO dibuat bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli, khususnya wakil rakyat yang keluar parti secara semberono. Ini kerana ia melibatkan soal kesetiaan dan integriti, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat,” katanya dalam ucapan dasarnya pada Persidangan Pergerakan Wanita UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Noraini juga mencadangkan agar parti yang berusia lebih 70 tahun itu melaksanakan akujanji taat setia UMNO ke atas semua anggota bagi membuktikan ketaatan dan kesetiaan mereka.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapan pada Persidangan Pergerakan Pemuda pula berkata pergerakan itu mendesak pimpinan untuk mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang terhadap ‘petualang’ yang telah meninggalkan UMNO ketika parti itu hilang kuasa.

“Kononnya lompat kerana prinsip perjuangan, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang, kami tahu sebab-sebabnya. Ingatlah UMNO yang kalian sisihkan inilah, yang pernah menatang anda di waktu senang, mendukung anda hingga ke puncak,” katanya.

Beliau turut meminta pemimpin UMNO di setiap peringkat yang terpalit dengan apa jua bentuk masalah supaya berundur dengan secara terhormat.

Sementara itu, Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan dalam ucapannya pada Persidangan Pergerakan Puteri meminta Presiden parti supaya mengambil tindakan drastik terhadap wakil rakyat UMNO yang menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai parti lain.

Selain isu wakil rakyat lompat parti, ketiga-tiga ketua sayap turut menggesa supaya kuasa autonomi diberikan kepada UMNO Sabah.

Asyraf Wajdi berkata ini sebagai sebagai komitmen dan keikhlasan UMNO mengiktiraf status dan kedudukan khas Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan.

“ Kita mahu UMNO menjadi parti nasional pertama yang memulakan langkah pragmatik, memberikan autonomi kepada UMNO Sabah sebagai citra iltizam tinggi untuk mengiktiraf kedudukan Sabah sebagai salah satu entiti utama yang membentuk Persekutuan Malaysia.

“ Ia juga sebagai satu pengiktirafan terhadap hak dan kepentingan semua ahli UMNO di Sabah sebagai negeri yang mempunyai jumlah keahlian tertinggi dengan hampir 20 peratus terdiri daripada kalangan Bumiputera bukan Islam,” katanya.

Zahida berkata pemberian kuasa autonomi itu sesuai dengan perubahan landskap politik hari ini manakala bagi Noraini ia memerlukan political allignment dilakukan, bermula dari peringkat pusat hingga ke cawangan.

Sementara itu, Noraini dan Asyraf Wajdi juga melihat kepentingan kerjasama antara UMNO dan PAS sebagai landasan menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu, dan sebagai suara ‘check and balance’ dalam usaha mengukuhkan blok pembangkang di negara ini. – BERNAMA

Tags: PAUUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd