• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Port Dickson: Jika Terima Sokongan Nazri, Terima Najib Sekali

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal menegaskan adalah salah untuk Pakatan Harapan atau PKR menerima sokongan Ahli Parlmen BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Port Dickson.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mendakwa Mohamed Nazri mempunyai muslihat untuk menyertai kerajaan.

Ramkarpal mengulas hasrat Ahli Parlimen Padang Rengas itu yang mahu berkempen untuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Port Dickson nanti.

“Sudah diketahui umum ketika menjadi kerajaan, Mohamed Nazri sentiasa menjadi pengkritik tegar PH dan dia hanya menukar pendirian kini.

“Tidak ada keraguan Mohamed Nazri adalah seorang oportunis. Alang-alang kenapa tidak terima Najib juga sebagai sebahagian daripada kempen? kata Ramkapal dalam satu kenyatan di Facebook hari ini.

Menurut Ramkapal, menerima sokongan Nazri akan menyebabkan pengundi keliru. Ini kerana mereka mengundi untuk kerajaan baharu dan pengundi tidak mahu Nazri menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Ramkapal berkata, Anwar akan mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat dan akan menyebabkan penyusutan sokongan jika Nazri diterima sebagai sebahagian daripada kempen PRK Port Dickson.

Mohamed Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, beliau serius untuk berkempen alam PRK Port Dickson nanti.

Ditanya alasannya mahu berkempen untuk Anwar, Nazri berkata ia adalah yang terbaik untuk Umno bagi memastikan parti itu kembali ke dalam kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tags: PRK Port DicksonRamkarpal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permit Import Cili Vietnam Digantung Serta Merta

Next Post

Peguam Negara Mesti Beritahu Mahkamah Maklumat Mengenai Wang RM9.5 Juta

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

Next Post

Peguam Negara Mesti Beritahu Mahkamah Maklumat Mengenai Wang RM9.5 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd