• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Geng Samun Pekebun & Buruh Asing

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Polis menumpaskan kumpulan samun dikenali ‘Geng Jai’ yang menjadikan buruh binaan dan kebun sayur sebagai mangsa dengan tertangkapnya tujuh lelaki di sekitar daerah Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata, kesemua penjenayah itu yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun, ditangkap di kediaman masing-masing bermula 4 Sept lepas hingga semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati kumpulan ini melakukan tujuh kes samun bersenjatakan parang, pisau dan batang rotan sejak Julai hingga bulan ini yang menyebabkan kerugian berjumlah lebih RM20,000.

“Modus operandi geng ini menjadikan pekerja binaan dan kebun sayur yang tinggal di kawasan terpencil sebagai sasaran.

“Malah terdapat kes suspek menyamar sebagai pegawai Imigresen sebelum menggeledah dan menyamun barangan berharga serta wang tunai mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh hari ini.

Zundin berkata Geng Jai menggunakan kereta sewa semasa melakukan jenayah dan biasanya mereka bergerak melakukan jenayah pada awal pagi, malam atau lewat petang.

Katanya polis telah menubuhkan pasukan khas bagi melumpuhkan kumpulan itu selepas menerima laporan berkaitan beberapa kejadian samun yang menggunakan modus operandi yang sama.

“Hasilnya, dalam tempoh hanya satu minggu kesemua suspek termasuk ketuanya dikenali Jai berusia 24 tahun berjaya ditangkap, empat daripada mereka mempunyai rekod kesalahan memiliki dan menghisap dadah.

“Polis turut menemui semula barangan samun antaranya 20 buah telefon bimbit, 14 keping kad sim pelbagai jenis, enam keping kad ATM, empat utas jam tangan, lima buah beg pelbagai jenama dan satu utas jam tangan emas.

“Polis turut menemui kereta sewa jenis Perodua Viva dan Perodua Kelisa serta sebuah motosikal Kriss Modenas yang digunakan suspek semasa melakukan jenayah mereka,” katanya.

Tambah Zundin, dengan tertangkapnya tujuh suspek polis berjaya menyelesaikan kesemua tujuh kes samun yang berlaku di Temerloh.

Katanya, semua suspek disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan bersalah. – BERNAMA

Tags: kes samunpekebun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guna Media Sosial Dengan Berintegriti

Next Post

Jenama & Inovasi Perlu Didokong Kepimpinan Baik

Related Posts

Lelaki Didakwa Bakar, Bunuh Ibu Tiga Anak

Lelaki Didakwa Bakar, Bunuh Ibu Tiga Anak

19/03/2025
0

BATU PAHAT – Seorang pekebun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang juga...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Next Post

Jenama & Inovasi Perlu Didokong Kepimpinan Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd